Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Hari admin nak cerita seba sedikit perihal masakan Asam Pedas ni. Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Namun terdapat juga kawasan-kawasan lain selain Melaka dan Johor yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan, mengikut citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Antara ikan yang sesuai dengan masakan asam pedas adalah seperti ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah, ikan terubuk, ikan pari dan beberapa ikan yang lain. Masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah kini sudah terkenal sebagai hidangan istimewa di restoran-restoran termasuklah di restoran kami Restoran Asam Pedas Di Tsb Sg Buloh. Kini ianya digemari oleh penduduk Malaysia malah pelancong dari luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.
Untuk mereka yang berhampiran atau melalui kawasan Restoran Asam Pedas Di Tsb Sg Buloh, JOM Singgah untuk merasa keenakan resepi asam pedas kami dalam pelbagai menu pilihan, disamping lauk pauk dan sayur beserta ulam yang menambahkan lagi selera anda menikmati hidangan bersama keluarga atau rakan-rakan.
Maii singgah...
Alamat ;
Restoran Asam Pedas
No.89-G Jln Nautika AU 20/A,
Sungai Buluh, Selangor.
Tel : 03-6143 5260