Alhamdulillah, hari ini (24/4/16) Restoran Asam Pedas Sungai Buloh "Full House" dengan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang ingin menjamu selera dengan selera asam pedas dan pelbagai lauk pauk istimewa yang kami sajikan. Ianya menjadi bertambah meriah dengan kehadiran krew-krew, pelakon-pelakon dan pengarah drama.
Penggambaran drama 'Menantu Tingtong' dipilih di Restoran Asam Pedas (Sungai Buloh) kerana keunikkan hiasan dalaman, kebersihan dan susun aturnya selesa serta cantik.
Pemilik Restoran Asam Pedas Tuan Ridz amat mengambil berat dan teliti dari segi konsep susun atur, hiasan dalaman, keselesaan dan juga kebersihannya agar ianya menjadi yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan.
Dan hari ini serta beberapa hari lagi, Restoran Asam Pedas ini akan di jadikan lokasi penggambaran drama tersebut.
-admin-
No comments:
Post a Comment