Masakan asam pedas di Restoran Asam Pedas di Sungai Buloh memang terangkat, pastinya antara pilihan terbaik untuk anda menikmati makan tengahari atau malam bersama rakan dan keluarga. Asam pedas disediakan bersama nasi putih, ulam, ikan masin serta berbagai lauk pauk dan sayuran segar.
Istimewanya Ice Cream Kelapa adalah salah satu pilihan untuk menghilangkan dahaga.
Restoran Asam Pedas (Sungai Buloh) juga mengambil tempahan untuk sebarang majlis seperti majlis hari jadi, makan malam keluarga, kesyukuran dan lain-lain.
Hidangan asam pedas yang disajikan pastinya tidak mengecewakan, kerana kuah yang pekat dan merah, rasanya sedap dimakan dengan nasi panas serta ulam-ulaman segar. Pastinya bagi orang melaka, anda akan terkenang keenakan asam pedas di kampung halaman di Melaka, bagi yang bukan orang Melaka... JOM rasa keenakan hidangan di Restoran Asam Pedas (Sungai Buloh).
Anda pasti kenal SIAPA yang bergambar di Restoran Asam Pedas (Sungai Buloh) ini... Anda bila lagi?
Jemput Maii....
No comments:
Post a Comment